Thursday, 7 June 2012

Jamuan Perpisahan Puan Hafizah


Tarikh : 25 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : Kantin sekolah


Pada tarikh 25 Mei 2012, Pembimbing Rakan Sebaya KISAS telah mengadakan jamuan khas
buat Guru Kaunselor kami yang tersayang, Puan Hafizah bt Abd Rani.

Jamuan ini bertujuan untuk melahirkan perhargaan terhadap Puan Hafizah atas segala khidmat bakti dan jasa beliau sepanjang bertugas di Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Perpindahan beliau merupakan satu kehilangan besar buat Kolej Islam Sultan Alam Shah terutamanya kepada Pembimbing Rakan Sebaya.

Puan Hafizah merupakan seorang guru yang sangat mesra dengan para pelajar. Beliau sering menjadi sumber rujukan kami, Pembimbing Rakan Sebaya dalam melaksakanakan setiap program yang dianjurkan.

Perwatakan beliau yang sangat mengambil berat dan sabar dalam melayan karenah kami membuatkan kami cukup terkesan dengan kehilangan sebutir mutiara bumi waqafan ini.
Berkunjung ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling tanpa kehadiran Puan Hafizah, kami merasa kehilangan seorang guru yang amat kami kasihi.

Akhir kata, Kami mendoakan semoga perjalanan hidup cikgu akan sentiasa ceria dan dipermudahkan segala urusan. Semoga cikgu akan terus menjadi obor dan penyuluh jalan untuk para pelajar dalam mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik. Sekiranya berkunjung ke Klang, datanglah melawat kami. Kami sentiasa menantikan kehadiran cikgu di sini. =)

Penyuluh jalan kami- Puan Norhafizah Bt Abd Rani
Tunjang Unit Bimbingan dan Kaunseling KISAS- Puan Kamsiah
Kamahizat dan Puan 
Norhafizah Bt Abd Rani
Pembimbing Rakan Sebaya 2011/2012
You're number one for us

Saturday, 25 February 2012

MJK ambilan ke-2

Cepat Sungguh masa berlalu...
Tup tup dah MJK ambilan ke-2...
Memang ramai betul nak masuk KISAS
In Sya Allah,semua yang masuk KISAS ini akan menjadi contoh teladan yang baik kepada semua.Membangunkan balik ISLAM di Malaysia.

MJK ambilan kedua akan diadakan pada 1 haribulan tiga dua ribu dua belas.
Disebabkan kekangan masa,maka MJK hanya akan diadakan sehari sahaja iaitu pada hari khamis.
MTQ pada hari jumaat.
Latihan Merentas Desa pula akan diadakan pada selasa bersamaan 28/2/2012.

Jadi,Doakan semoga PRS KISAS sentiasa Wasatiyah dalam tindakan,Impak dalam kesan.

Walaupun hanya sehari,tetapi ingat ye PRS bahawa sehari itulah menentukan First Impression pelajar-pelajar baru.

Berkat kesungguhan kita semua,In Sha Allah dipermudahkan segala urusan oleh yang Maha Mengetahui.

Wallahua'lam
:)