Info Semasa




LAWATAN KERJAYA KE PUSAT KONVOKESYEN CIDB 2012


Tarikh : 13 Februari 2012
Tempat : Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Chan Sow Lin,Cheras.

Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan lawatan ke Pusat Konvensyen CIDB yang terletak di Jalan Chan Sow Lin,Cheras.
Lawatan ini adalah pertama kalinya bagi PRS KISAS pada tahun 2012.Lawatan ini telah disertai oleh pelbagai buah sekolah termasuklah sekolah teknik dan sekolah berasrama penuh.

Antara objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan peluang pekerjaan dalam bidang senibina dan kejuruteraan kepada para pelajar. Selain itu, ia dapat menarik minat para pelajar untuk mendekati dunia pembinaan negara.

Melalui lawatan yang dianjurkan, kami dapat menimba pengetahuan dan pengalaman baru di samping memberi input berguna kepada kami dalam menentukan laluan kerjaya kami.

Sekalung perhargaan kami ucapkan kepada Tuan Pengetua yang memberi kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan.Tidak lupa kepada Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Kamsiah bt Kamahizat dan Puan Nor Hafizah bt Abd Rani kerana memilih kami sebagai para peserta lawatan.

Akhir kata, semoga melalui lawatan yang disertai, Pembimbing Rakan Sebaya KISAS mendapat pengalaman berguna dan berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.

untuk rujukan :




MINGGU JALINAN KASIH AMBILAN PERTAMA

Tarikh   : 31 Januari - 3 Februari 2012
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah


Minggu Jalinan Kasih ataupun MJK merupakan satu program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling(UBK).
Dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya(PRS).
MJK adalah bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar baru yang mendaftar di KISAS.
MJK adalah satu program yang dirancang oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling(GBK).

Para Pelajar yang mendaftar di KISAS akan didedahkan denganSUASANA di KISAS
Cara BERKOMUNIKASI dan BERINTERAKSI di KISAS
Melalui Program MJK ini juga,Para Pelajar yang baru mendaftar akan mengetahui latar belakang KISAS secara TERPERINCI lagi

Jadi,Dalam masa seminggu sepanjang program berlangsung,Para Pelajar diminta untuk terlibat dalam aktiviti yang dirancang.
Hal ini merupakan satu pengenalan tentang KISAS secara aktiviti.
Penting untuk Pelajar ketahui.

Aktiviti MJK ini juga merupakan sebagai permulaan kepada Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
Bukanlah mudah untuk menjadi seorang yang membimbing orang lain sekiranya diri sendiri tidak bersedia untuk dibimbing.
Kami sebagai PRS,amat mengalu-alukan kedatangan adik-adik kami iaitu pelajar Tingkatan 4.
Kedatangan Pelajar Tingkatan 4 amat kami nantikan


 
Kesemua ini anda akan dapat di KISAS sekiranya anda mengikuti caranya.

5 Unique Things  In Kisas:
1-Tarbiyyah-Tarbiyyah yang berteraskan cara Islam
2-Teachers-Guru-guru yang berdedikasi
3-Friends-Kawan-Kawan yang ramai dan baik
4-Biah Solehah-Suasana hidup Islam yang kondusif
5-Ukhuwwah-Tali Persaudaraan yang terjalin kuat
Kepada Pelajar Tingkatan 4,perkara yang dititikberatkan masuk ke KISAS ialah:
1-Betulkan niat anda
2-Selalu senyum dan Bersapa


In Sya Allah,Segala urusan kita dipermudahkan-Nya.
Jadi,Marilah kita jalinkan Ukhwah Islamiah di Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS).

No comments: