"Bang,tolong saya boleh tak?Boleh lah."masih terniang-niang di benak fikiranku.Seorang juniorku meminta tolong.
Kalau diingatkan balik,aku memang gembira ketika itu.Agak pelik kan?Kenapa aku gembira ye?Aku cuba mengingatkan balik cerita tersebut.Cerita yang bermula di hadapan Bilik Guru selepas waktu persekolahan.
Hmm..Tanganku memegang dagu yang tidak berjanggut.Aku cuba memaparkan visual Juniorku yang meminta tolong itu.Kebetulan aku berseorangan ketika itu sama sepertinya.
Puas aku berfikir."Apa yang budak tu cakap ye?"
Aduhai!Penyakit tua betul lah aku nie.Banyak betul neuron otak yang dah putus.
Aku cuba mengingati ayatnya sepatah demi sepatah.Tapi tak teringat.Malangnya bagiku.
Selepas 10 minit mendiamkan diri,akhirnya otakku telah mengukirkan sebuah visual yang amat jelas sekali.Gambaran pada hari tersebut.Yes!Aku dah ingat.Kenapa aku suka budak tu minta tolong dekat aku.Masa tu aku senyum-senyum lagi.Pengalaman manis bagiku.haha..
Pengalaman pertama akulah kan.Yelah!First time ada orang mengharapkan aku dengar masalah dia.Kalau kawan aku tu,Time cerita masalah,gelak-gelak lah.Mungkin kawan aku tu memang bermasalah.hehe..Berbalik kepada cerita,budak tu memang aku tengok ada masalah.Mata merah-merah,Bawah mata kehitaman,Muka pun macam ayam berak kapur je."Jadi,aku pun tanya lah dia,Hah!Nak Abang tolong apa?"
Dia pun jawab dengan suara yang sayu."Abang ada kad I-Talk tak?"
HAHA!Hampir-hampir tergelak besar aku.Punyalah semangat panggil aku semata-mata nak minta kad I-Talk.
"Aku pun jawablah,Ada! tapi kalau adik nak,bersyaratlah."
As a senior,aku gunakan kuasa aku dengan sebaik mungkin.hehe..
First,kenapa nak I-Talk?
Second,Nak sekarang ke nak esok(soalan tidak masuk di akal)
Third,Nak Call siapa?
Soalan yang bertubi-tubi buatkan budak tu cemas.Haha..
Syarat abang satu saja,adik kena cerita dulu kenapa perlukan I-Talk dan kenapa sekarang bukan esok?
Pada mulanya,dia agak kelihatan berat untuk menuturkan kata-kata.Macam ada emas je dalam mulut.So,Aku bagilah dia masa dalam seminit dua.
Sepatutnya aku dah ada dekat Dewan Makan dah sekarang nie.
Tapi disebabkan budak ini,Aku stuck depan Bilik Guru.
Disebabkan budak ini nampak terdesak,aku korbankanlah masa aku sekejap untuk dia.Tak makan sehari bukan boleh mati pun.Fikir aku.
"Jadi,adik nak cerita atau tak?Kalau tak,abang nak balik nie."
"Hmm..Macam ini,saya sebenarnya rindu dengan keluarga saya."
Sudah.Dalam hati aku dah agak dari awal lagi.Biasalah kalau budak baru masuk.Memang pedih masuk sekolah ini sebab balik hujung-hujung bulan.Tapi as a senior,aku dah biasa.Aku dulu macam budak tu juga.Tak dapat sesuaikan diri.Tapi aku cool je sebab rumah aku dekat je.hehe.."Owh!Homesick rupanya."Memang sesuai dengan taklifan aku.Membimbing budak-budak yang tak tahu jalan.
Jadi,Dengan lafaz Basmalah.Aku memulakan sesi 'Tazkirah'.haha..Bukan tazkirah apa pun.Cuma nak ingatkan balik apa tujuan dia datang ke sini."Sebelum tu,Siapa nama ye?"
Nama saya "Man"."Owh!Man.Nama abang,Lut"
"Jadi,adik nak pinjam kad I-Talk abang sebab nak call keluarga lah nie?"
"A'ah.Saya dah seminggu tak berhubung dengan diorang.Diorang pun susah nak datang sini sebab jauh."
"Ok!Jangan risau.Nanti abang bagi pinjam,tapi adik cerita lah ye.Abang risau tengok adik nie.Macam orang sesat dekat hutan saja.Boleh tak?kalau tak,tak apalah,lain kali sajalah."
"Boleh.saya pun tak tahu nak luah dekat siapa dan dekat mana.Alang-alang abang dah tanya,Izinkan saya ye!"
"Sebenarnya abang,saya anak bongsu dari 3 beradik.Ayah saya dulu Ex sekolah ini dan saya ini disuggestkan ayah agar sekolah dekat tempat dia sekolah dulu.Saya tak biasa duduk asrama sebab saya sekolah harian biasa tapi kelas aliran agama(KAA).Jadi,bila dah duduk asrama,kenalah belajar Berdikari.Kalau nak ikutkan,saya ini agak manja dalam keluarga.Semua kerja nak mudah.Tapi bila duduk asrama,saya kena buat sorang-sorang semuanya.Basuh baju,gosok baju,bangun tidur awal.Saya rasa macam hidup sebatang kara bila dekat asrama.Berbeza sekali dirumah.Dengan kerja sekolah lagi,nak cari kawan baru lagi.Leceh lah bang.Mata saya merah nampak lebam-lebam nie pun sebab tak cukup tidur.Teringat keluarga dekat kampung.Bila masa balik ye bang?"
"Adik,itu perkara biasalah.Untuk minggu pertama,memang akan rasa macam tu.Lagi-lagi kalau tak pernah duduk asrama.Jadi,Kalau ada masalah,cerita-ceritalah dekat abang-abang.Jangan segan.Sebab kalau disimpan saja,nanti membesar dan meletup lagi susah.Ok?Kalau adik berfikiran positif,In Sya Allah dipermudahkan segala urusan.Adik kata,ayah adik yang hantar dekat sini kan?Abang dulu atas kehendak sendiri.Mungkin adik datang secara terpaksa.Tapi ingatlah adik,itu mungkin permintaan MakAyah adik buat kali terakhir ke.Mana kita tahu kan?Selagi kita boleh penuhi tuntutan mereka,buatlah.Keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah s.w.t.Adik berkorbanlah sedikit untuk mereka.Mereka susah payah besarkan adik 16 tahun lamanya.Jasa ibubapa ini,kalau nak dibalas dengan wang ringgit,memang tak akan terbalas.ok ye?Adik tabahkan diri demi mereka.Masa balik ye?Hmm...Seingat abang lah kan,minggu depan rasanya.Abang tak berapa fikir sangat sekarang pasal balik tak balik nie.Yelah!Banyak sangat kelas tambahan untuk SPM kan.Abang fokus untuk SPM.Memandangkan masa dah suntuk."
"Abang,terima kasih ye sebab ingatkan saya benda-benda ini.Selama ini saya terlupa abang.Saya leka.Saya fikir,bila saya dah dapat 9A(A+A+A+A+A+A+A+A+A),saya dah cukup membahagiakan mereka.Tapi saya cuma membanggakan mereka untuk seketika.Saya pun belum berjaya lagi sepenuhnya.Saya janji akan sentiasa berusaha dan tidak akan mengecewakan mereka.Walau saya datang secara terpaksa.In Sya Allah saya akan cuba membiasakan diri dan mengubah niat kearah yang lebih ikhlas.Untuk abang,saya doakan semoga abang dapat 11A+ untuk SPM ye!Terima kasih sekali lagi atas nasihat abang tu.Tak rugi saya panggil abang tadi.Walaupun pada awalnya saya teragak-agak juga nak panggil tadi.Saya terdesak sangat tadi dan terlalu ingin nak call keluarga saya.Rindu teramat."
"Sama-sama adik.Sentiasa berfikiran positif ye!Perancangan Allah penuh dengan Hikmahnya yang manusia sendiri tidak tahu di mana terletaknya hikmah itu.Semoga adik jumpa hikmah disebalik kedatangan adik disini."
"Jadi,Adik nak atau tak kad I-Talk abang nie?"
"Errkk..Nak juga lah.Nak call nak ucap terima kasih dekat dorang dan nak kirim salam rindu dekat semua."
"Macam tu ye?Nahh!!Ambil lah.Nanti jangan lupa pulangkan balik ye!Abang pun rindu dekat family abang.Jangan gayut lama-lama sangat.Lepas ini ada kelas prep.Jangan tak pergi pulak ye!"
"Baiklah abang.Trillion Terima Kasih abang sebab sudi dengar masalah saya dan pinjamkan I-Talk nie."
"Small Matter,adik.Memang tanggungjawab abang sebagai orang yang 'lebih tua' disekolah ini untuk membantu orang muda seperti adik."
PERINGATAN!
Kepada Semua Pembimbing Rakan Sebaya!Lepas ini,Jangan lupa untuk berkawal disetiap pondok telefon di sekolah anda.Dan sudi-sudilah bagi Junior kita pinjam kad I-Talk.
Wallahua'lam
:)
No comments:
Post a Comment